Klinik Gigi Palsu di Sungai Buloh

Gigi Palsu / Dentur

Gigi palsu adalah penyelesaian yang berkesan untuk menggantikan gigi yang hilang serta mengembalikan fungsi kunyahan dan keyakinan diri anda. Sama ada anda kehilangan beberapa batang gigi atau keseluruhan lengkung gigi, gigi palsu ini dapat membantu anda makan, bertutur, dan tersenyum dengan selesa.

Di Klinik Pergigian Polidental, kami menyediakan perkhidmatan pembuatan gigi palsu yang dihasilkan dengan teliti untuk penampilan yang semula jadi dan acuan yang selesa. Daripada pilihan jenis separa fleksibel sehinggalah pilihan penuh untuk keseluruhan lengkung gigi, pasukan kami akan membimbing anda untuk memilih jenis yang tepat berdasarkan keperluan dan gaya hidup anda.

Harga Gigi Palsu

Bermula daripada RM400

Jenis-Jenis Gigi Palsu

flexible dentures

Gigi Palsu Fleksibel

Gigi palsu fleksibel seperti gigi palsu Valplast dan Thermosen, diperbuat daripada resin berasaskan nilon. Ia ringan, selesa, dan kurang berisiko menyebabkan kerengsaan berbanding gigi palsu jenis tegar.

fixed partial dentures

Gigi Palsu Separa

Gigi palsu separa berfungsi untuk mengisi ruang kosong yang hilang dan menghalang gigi daripada beralih kedudukan. Kedua-dua jenis rangka ini berasaskan dari bahan fleksibel mahupun tapak logam seperti kobalt kromium.

full dentures

Gigi Palsu Penuh

Gigi palsu penuh menggantikan keseluruhan lengkung gigi, untuk rahang atas, rahang bawah, atau kedua-duanya sekali. Ia direka untuk dipasang dengan padan di atas gusi untuk mengembalikan senyuman yang penuh.

implant dentures

Gigi Palsu Implan

Untuk kestabilan tambahan, kaedah gigi palsu ini memberikan kekuatan mengunyah, kurang risiko gigi palsu longga, serta membantu mengekalkan kepadatan tulang rahang.

Bahan Gigi Palsu yang Tersedia di Klinik Kami

Gigi Palsu Akrilik

Gigi palsu akrilik merupakan pilihan yang popular dan menjimatkan kos. Ia ringan, mudah diubah suai, dan boleh disesuaikan mengikut kesesuaian pesakit untuk penampilan yang semula jadi. Gigi palsu jenis ini sesuai untuk kegunaan sementara atau penggantian keseluruhan mulut.

Gigi Palsu Valplast

Gigi palsu Valplast ialah gigi palsu separa fleksibel yang diperbuat daripada resin nilon. Sifatnya yang fleksibel membolehkan ia dipasang dengan selesa serta meminimumkan kejelasan rupa cengkeram (clasp). Ia amat ideal untuk pesakit yang inginkan pilihan yang kelihatan lebih tersamar bagi menggantikan gigi yang hilang.

Gigi Palsu Thermosen

Gigi palsu Thermosen menggabungkan sifat fleksibel dan daya tahan yang tinggi. Ia diproses menggunakan haba untuk memastikan acuan yang tepat, menawarkan keselesaan untuk penggunaan jangka panjang di samping mengekalkan penampilan yang semula jadi.

Gigi Palsu Kobalt Kromium

Gigi palsu kobalt kromium menampilkan rangka logam yang kuat bagi memberikan sokongan yang sangat baik. Ia amat tahan lama, tidak mudah patah, dan direka untuk mengagihkan daya tekanan kunyahan secara sekata.

Bahan Tahap Fleksibel Boleh tambah gigi palsu? Ketahanan
Valplast Tinggi Tidak Sederhana
Thermosen Tinggi Ya Tinggi
Akrilik Rendah Ya Sederhana
Kobalt Kromium Rendah Tidak Sangat Tinggi

Cara Memilih Gigi Palsu yang Tepat untuk Anda

Jumlah Gigi yang Hilang

Gigi palsu separa hanya digunakan jika anda ada beberapa batang gigi yang hilang; manakala gigi palsu penuh pula digunakan untuk penggantian keseluruhan lengkung gigi.

Pelan Pergigian Masa Depan

Gigi palsu berasaskan logam tidak membenarkan sebarang pengubahsuaian atau penambahan gigi baharu selepas ia siap dibuat. Hanya gigi palsu jenis thermosen dan akrilik sahaja yang boleh diubah suai atau ditambah gigi kemudian hari.

Pertimbangan Bajet

Gigi palsu akrilik dan Valplast adalah lebih menjimatkan kos, manakala gigi palsu sokongan implan, thermosen, dan kobalt kromium adalah lebih tahan lama tetapi memerlukan pelaburan kos yang lebih tinggi.

Pasukan pakar pergigian kami sedia membantu anda menentukan jenis yang paling sesuai, serta memastikan gigi palsu baharu anda dipasang dengan selesa supaya tidak merengsakan gusi atau mengganggu pertuturan anda.

Siapa yang Sesuai untuk Gigi Palsu?

Gigi palsu amat sesuai untuk golongan dewasa yang:

Kehilangan satu atau lebih batang gigi akibat perebutan gigi (karies), kecederaan, atau penyakit gusi

Mengalami kesukaran untuk mengunyah atau bertutur disebabkan oleh kehilangan gigi

Ingin mengembalikan struktur sokongan wajah dan memperbaiki estetika senyuman mereka

Memilih penyelesaian jenis boleh tanggal dan boleh disesuaikan, berbanding implan kekal

Kenapa Pilih Klinik Pergigian Polidental Sungai Buloh

Lembut & Mesra Keluarga

Memilih tempat yang boleh dipercayai untuk menjaga kesihatan pergigian keluarga anda adalah satu keputusan yang besar. Di Klinik Polidental, kami fokus untuk menyediakan pengalaman luar biasa yang menggabungkan kepakaran, kemudahan, dan persekitaran yang benar-benar selesa.

Sentuhan Berpengalaman yang Boleh Dipercayai

Klinik kami diterajui oleh doktor gigi yang mempunyai pengalaman luas dan komited untuk menyediakan rawatan yang tepat dan berkesan, sama ada anda memerlukan tampalan biasa mahupun pembedahan mulut yang kompleks.

Direka Khas untuk Keluarga Anda

Kami bangga menjadi klinik yang mesra kanak-kanak! Pasukan kami memberikan perhatian ekstra bagi memastikan pesakit muda berasa selamat dan seronok dengan lawatan mereka, sekali gus membantu mereka membina tabiat penjagaan gigi yang positif sepanjang hayat.

Komitmen terhadap Keselesaan & Kualiti

Kami melabur dalam teknologi pergigian terkini bagi memastikan setiap prosedur dijalankan dengan cekap, selesa, dan mengikut standard penjagaan yang tertinggi.

Penjagaan Mengikut Jadual Anda

Kami memahami kesibukan hidup anda. Oleh itu, kami buka pada setiap hujung minggu dengan menawarkan masa janji temu yang fleksibel untuk disesuaikan dengan jadual anda tanpa perlu mengambil cuti kerja atau cuti sekolah.

Berpengalaman Dipercayai

Klinik kami diterajui oleh doktor gigi yang mempunyai pengalaman luas dan komited untuk menyediakan rawatan yang tepat dan berkesan, sama ada anda memerlukan tampalan biasa mahupun pembedahan mulut yang kompleks.

Direka Khas untuk Keluarga Anda

Kami bangga menjadi klinik yang mesra kanak-kanak! Pasukan kami memberikan perhatian ekstra bagi memastikan pesakit muda berasa selamat dan seronok dengan lawatan mereka, sekali gus membantu mereka membina tabiat penjagaan gigi yang positif sepanjang hayat.

Komitmen Keselesaan & Kualiti

Kami melabur dalam teknologi pergigian terkini bagi memastikan setiap prosedur dijalankan dengan cekap, selesa, dan mengikut standard penjagaan yang tertinggi.

Testimoni Untuk Klinik Pergigian Polidental

Ulasan Pesakit Kami

Lebih daripada 600 ulasan positif

FAQ Tentang Gigi Palsu

Soalan Lazim

Masih ada soalan?

Berapa lamakah gigi palsu boleh bertahan?

Dengan penjagaan yang betul, kebanyakan gigi palsu boleh bertahan selama 5–10 tahun. Gigi palsu fleksibel mungkin perlu diganti lebih awal bergantung pada tahap kehausan dan perubahan dalam mulut anda. Pemeriksaan pergigian secara berkala boleh memanjangkan jangka hayatnya.

Gigi palsu fleksibel adalah ringan dan kurang berisiko merengsakan gusi, ini menjadikannya pilihan ideal untuk keselesaan. Gigi palsu akrilik dan kobalt kromium pula menawarkan daya tahan yang tinggi dan lebih disyorkan untuk kes kehilangan banyak gigi atau untuk pilihan sokongan implan.

Gigi palsu yang baharu mungkin terasa janggal pada permulaannya, tetapi ia tidak sepatutnya menyebabkan kesakitan. Pengubahsuaian kecil boleh dilakukan oleh doktor gigi anda bagi memastikan keselesaan dan acuan yang padan.

Anda disyorkan untuk menanggalkan gigi palsu pada waktu malam bagi membolehkan gusi anda berehat serta mencegah kerengsaan atau jangkitan.

Gigi palsu konvensional tidak dapat menghentikan kehilangan tulang, tetapi gigi palsu sokongan implan membantu merangsang tulang rahang dan mengekalkan kepadatan tulang dari semasa ke semasa.

Anda perlu membuat pemeriksaan setiap 6–12 bulan sekali, atau lebih awal sekiranya anda berasa tidak selesa, gigi palsu menjadi longgar, atau berlaku perubahan pada gigitan anda.

Ya, kebanyakan gigi palsu boleh dibaiki atau dilapik semula (relined) oleh doktor gigi, bergantung pada jenis bahan dan tahap kerosakan yang dialami.

Gigi Palsu dan Dentur di Sungai Buloh

Kunjungi Klinik Pergigian Polidental Hari Ini

Jangan biarkan masalah kehilangan gigi menghalang keyakinan anda. Di Klinik Pergigian Polidental, kami menyediakan perkhidmatan pembuatan gigi palsu yang menggabungkan elemen keselesaan, daya tahan, dan estetika untuk membantu anda mengembalikan senyuman yang menawan. Hubungi kami hari ini untuk menjadualkan sesi konsultasi dan dapatkan pilihan gigi palsu yang paling tepat untuk anda.